Bersama Kepimpinan Ulama

Bersama Kepimpinan Ulama

Jalan Menuju Ke Putrajaya

Jalan Menuju Ke Putrajaya
Insya Allah, Pakatan Rakyat dapat menakluki Putrajaya dalam PRU-13

Tuesday, July 14, 2009

UMNO TETAP KALAH!!!

· 0 comments

MANEK URAI: Calon PAS Mohd Fauzi Abdullah memenangi kerusi N41 Manek Urai pada PRK hari ini dengan majoriti tipis 65 undi sahaja berbanding 1,352 undi yang diperolehi Abe Weil pada PRU 12 lepas.

Keputusan itu diumumkan di pusat penjumlahan undi di SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai. Ini bererti Umno/BN hanya memerlukan 33 undi sahaja lagi untuk menumpaskan PAS.

Abe Uji memperoleh 5,347 undi, manakala calon BN Tuan Aziz Tuan Mat sebanyak 5,283 undi. Bagaimanapun kemenangan tipis itu sangat menghairankan jika diambil kira daripada keadaan di bilik-bilik gerakan Umno/BN yang pada kebanyakan waktunya kelihatan sepi.

Jelaslah, meskipun PAS dapat mempertahankan kerusi N41 itu, Umno/BN telah memberikan saingan sengit sehingga merosot sekali majoriti PAS berbanding PRU 12. Bagaimanapun PAS bukan sekadar menentang UMNO/BN pada PRK N41 ini tetapi berhadapan dengan kerajaan Malaysia.

Satu jumlah majoriti yang merosot sekali. Namun jangkaan kegusaran memang jelas terbayang apabila catatan peratusan keluar mengundi begitu tinggi, iaitu 85 peratus. Bagaimanapun jika diteliti keputusan PRU 2004, sewaktu UMNO memenangi kerusi itu, majoritinya sekitar 53 orang sahaja. Pada hari ini jumlah hampir sama, maka ini membawa erti pengundi atas pagar banyak memainkan peranan.

Tentunya kalau diambil kira daripada jumlah undi yang tidak sampai 1.2 peratus majoriti sahaja membezakan antara BN dan PAS itu, ia satu petanda besar sama ada bahawa pengundi yang mempercayai PAS pada PRU lepas telah berpindah kembali kepada Umno/BN.

bm version kerusi dun manek urai 220509Namun yang penting bukan jumlah majoriti diambil kira tetapi siapa yang menang lebih diutamakan.

Pengurangan majoriti ini mungkin dipengaruhi sentimen calon BN Tuan Aziz Tuan Mat yang juga berperwatakan seperti Abe Uji. Beliau juga disenangi penduduk Manek Urai.

Aziz selaku pegawai Kesedar, tentunya rapat atau mengenali juga penduduk Manek Urai kerana kawasan berkenaan adalah di bawah pembangunan dan pengawasan Kesedar. Faktor ini memberi kesan pada majoriti PAS.

Pengempuran dan janji pucuk pimpinan termasuk TPM TS Muhyidin Yassin yang mahu membina jambatan menghubungkan Manek Urai Baru dan Manek Urai Lama dan masjid juga memberi impak pada pengaruh pengundian.

Faktor ketidaksepakatan antara PKR, PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat yang bercelaru sejak kebelakangan ini juga mempengaruhi undi pada kali ini. Ia menjejaskan sokongan pengundi atas pagar kepada PAS.

Read More......

PAS vs KERAJAAN MALAYSIA

· 0 comments

Umno tidak mampu berbangga dengan peningkatan undi yang diperolehinya di Manek Urai memandangkan parti itu dibantu sepenuhnya jentera kerajaan.

Sebaliknya Umno boleh memenangi pilihan raya tersebut berdasar suntikan kebendaan yang diterima penduduk di Manek Urai lebih-lebih lagi pemimpin Umno sudah lama berkampung di sini.

Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar berkata, kemungkinan besar pengaruh kempen Umno yang mana kerajaan PAS tidak terjejas biar pun Umno menang di Manek Urai sedikit sebanyak mempengaruhi pengundi.

"Peluang yang ada pada Umno dengan peratusan pengundi Melayu ramai sehingga lebih 99 peratus Umno masih gagal menarik perhatian rakyat. Impian mereka belum menjadi kenyataan.

"Lebih-lebih lagi dengan janji Perdana Menteri di bawah pakej 1 Malaysia dan dibantu dengan propanganda media namun Umno masih gagal. Ini ternyata memberi satu tekanan hebat kepada parti itu," katanya di sini.

Pada pilihan raya itu PAS mendapat 5348 undi, manakala BN - 5283 undi dengan majoriti diperolehi Mohd Fauzi Abdullah sebanyak 65 undi. Pada pilihan raya umum 2004 BN menang 53 undi.

Peratusan keluar mengundi sebanyak 87.22 peratus dan undi rosak 92 undi. Daripada 9 peti undi PAS menang empat.

Mahfuz berkata, keputusan pilihan raya itu perlu dilihat secara serius oleh PAS bagi meningkat semula sokongan rakyat.

"Saya percaya PAs akan melonjat semula pada pilihan raya umum akan datang kerana jentera kerajaan tidak mampu lagi memberi tumpuan kepada Manek Urai sahaja berbanding sekarang," katanya di sini.

Pengarah Strategik KeADIlan, Tian Chua berkata, Umno terlepas peluang keemasan memenangi pilihan raya tersebut memandangkan peratusan orang Melayu hampir 100 peratus di Manek Urai.

Read More......

PAS MENANG!!! KEPUTUSAN RASMI PRK N41- MANEK URAI

· 0 comments


KEPUTUSAN RASMI
FAUZI ABDULLAH
5348
TUAN AZIZ TUAN MAT
5283
MAJORITI 65
JUMLAH UNDI ROSAK 92
JUMLAH KELUAR MENGUNDI 10 722 (87.22%)
JUMLAH SALURAN MENANG 14 DARIPADA 27
JUMLAH UPU MENANG 4 DARIPADA 9
MASA 8.29 PM (rasmi)

Read More......

Sunday, July 12, 2009

Ustaz Nasha di Manek Urai, UMNO Membisu Seribu Bahasa

· 0 comments

Read More......

Friday, July 10, 2009

Cikgu Rahim Ajak Khairy Masuk PAS

· 0 comments

Read More......

Peniaga Ikan Bangkit Melawan Penghinaan Umno

· 0 comments

himpunan Selepas solat asar petang tadi , satu himpunan pemborong dan penjaja ikan negeri kelantan turut sertai wakil dari negeri kedah, di Kg.Laloh PRK MURAI, mereka menyatakan bersyukur dan menyokong penuh kerana wakil mereka di pilih menjadi calon PAS PRK DUN Manek Urai, mereka juga terkilan dengan penghinaan olih TPM terhadap kerjaya mereka.

mendengar luahan mereka TGNA, Calon PAS, Hj Hussam, Dr Hatta, turut memberi ucapan dan sokongan kepada calon rakan mereka, ialah Zulkifli Bidin pengurusi peniaga dan penjaja ikan negeri kedah, Tarmizi salleh pengurusi pemborong dan penjaja ikan negeri kelantan.

jangan hina tahniah abe tgna penjajaTGNA memberi ucapan dan terima kasih kepada penyokong abe uji dari pemborong dan penjaja ikan kelantan

wakil kedah

wakil kedah………Zulkifli Bidin pengurusi peniaga dan penjaja ikan negeri kedah

kelantan Tarmizi salleh pengurusi pemborong dan penjaja ikan negeri kelantan………calon Abe Uji calon Pas…sebak semasa memberi ucapan, kerana sokongan dari rakan rakan nya……..

Read More......

Wednesday, July 8, 2009

Kedah MB says differences settled with state DAP

· 0 comments

The Pakatan Rakyat coalition has agreed to form a state level task force in the northwest state of Kedah to iron out any differences among its members.

Kedah Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak said existing differences among the Pakatan's member have also been solved amicably.

In a press conference held here today, Azizan played down the differences between the three parties that made up the coalition as merely a storm in a teacup.

The Pakatan Rakyat coalition which comprised of Islamic Party of Malaysia (PAS), Democractic Action Party (DAP) and People Justice Party (PKR) currently administers the state after winning the majority of seats in the last general election.

Azizan who is also a PAS central working committee member is unpertubed by the possibility of BN controlled mainstream media from continuing to playing up several issues to drive a wedge between the parties in the fledgling government.

"No problem, no problem. It's over," said a smiling Azizan after a 40-minute meeting with DAP parliamentary leader Lim Kit Siang.

Azizan said he would look into claims by Kedah DAP in relation to some of his more unpopular policies.

Kedah DAP quit the state Pakatan Rakyat coalition on July 1 after complaining about some of Azizan's policies.

The latest source of disagreement was over the demolition of the sole pig abattoir in the state.

Azizan said that an alternate site has been found for the abattoir.

Read More......

Abe Uji Tembusi Kubu Kuat Umno

· 0 comments

Calon PAS dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah hari ini melebarkan kempennya ke kubu BN di Manjor bagi menarik sokongan pengundi di situ.

Dalam pilihanraya umum lalu, PAS menang di lapan daripada sembilan daerah mengundi di Manek Urai.

NONESembilan daerah mengundi di Manek Urai ialah Temalir, Sungai Perial, Manek Urai Lama, Manek Urai Baru, Sungai Sok, Chuchoh Puteri, Lata Rek, Manjor dan Laloh.

PAS bagaimanapun kalah di daerah mengundi Manjor dengan 31 undi.

BN juga kalah tipis di daerah mengundi Temalir dan Manek Urai Baru.

Pilihanraya kecil DUN Manek Urai diadakan ekoran kematian penyandangnya dari PAS, Ismail Yaacob.

Dalam pilihanraya umum lalu, Ismail menang denga majoriti 1,352 undi. Ismail mendapat 5,746 undi manakala calon BN, Zulkepli Omar mendapat 4,394 undi.

NONEDalam lawatan tengah hari tadi, Mohd Fauzi - yang lebih dikenali sebagai Abe Uji - mengambil peluang berbual dan beramah mesra dengan penduduk Kampung Budi.

Perhentian bas baru

Kehadiran wartawan dan penulis blog menjadikan penampilan Abe Uji kelihatan sedikit kekok, walaupun dikhabarkan beliau mesra dengan penduduk sekitar.

Ditemani Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli, beliau melawat tapak perhentian bas yang baru dibina menggantikan yang lama.

Kampung Budi terletak dua kilomter daripada jalan besar yang menghubungkan Kuala Krai dan Gua Musang.

Sekitar kawasan tersebut di kelilingi ladang getah dengan laluan kecil satu lorong yang menyukarkan perjalanan.

NONEBendera kedua-dua parti yang bertanding, PAS dan BN, dilihat sama banyak di pasang di kawasan tersebut.

Di simpang pertama dalam kampung itu, Abe Uji mengambil kesempatan bermain karom dengan beberapa pemuda PAS di pondok panas mereka.

Juga kelihataan beberapa Pemuda PAS mengambil kesempatan bergambarnya dengannya.

Abe Uji kemudiaannya berkunjung dari rumah ke rumah. Beliau disambut baik dan ditegur beberapa penduduk yang lalang di kawasan tersebut.

'Paku enam inci'

Bagaimanapun terdapat juga penduduk yang kelihatan seperti tidak mempedulikannya.

NONEMalah, seorang tua yang sedang tidur di beranda rumah, dilihat masuk ke dalam apabila Abe Uji dan penyokongnya bergerak berjalan kaki.

Abe Uji berhenti setelah berjalan kira-kira 300 meter sehingga sampai ke markaz ahli parlimen PAS yang terletak tidak jauh daripada rumah ketua cawangan Umno di kampung itu.

Penyokong di markaz tersebut yakin Abe Uji bakal menang di Manek Urai, tetapi belum tentu dapat menambahkan majoritinya.

Menurut mereka, masih sukar untuk PAS menembusi kawasan Manjor kerana "Umno sudah paku enam inci".

Strategi mereka ialah supaya Abe Uji dapat mengekalkan sokongan yang sedia ada.

NONEKata mereka lagi, penekanan juga akan diberikan di Temalir dan Manek Urai Baru.

Petang tadi, Fauzi dan calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat menghadiri program di Manek Urai Baru dan Manek Urai lama.

Pada 14 Julai ini, 12,293 pemilih, termasuk 25 pengundi pos, akan memilih calon mereka. Mereka terdiri daripada 99.22 peratus pengundi Melayu, 0.46 peratus Cina dan India 0.23 peratus.

Read More......

PPSMI - Kerajaan Tunduk Kepada Rakyat

· 0 comments

Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), Datuk Hassan Ahmad menyifatkan keputusan kerajaan memansuhkan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) mulai 2012 sebagai satu kejayaan rakyat.

"Rakyat seluruhnya tentu lega dan gembira, kerana pengajarannya di sekolah kebangsaan Cina dan India juga turut dikembalikan kepada bahasa ibunda masing-masing," katanya kepada Malaysiakini.

GMP merupakan gabungan badan-badan bahasa, NGO dan parti-parti politik yang ditubuhkan untuk mendesak kerajaan supaya memansuhkan dasar yang diperkenalkan sejak 2003.

anti ppsmi rally 070209 tear-gasMelalui GMP, isu PPSMI juga turut dibangkit dalam kempen beberapa pilihanraya kecil yang diadakan sejak awal tahun ini.

Hassan mengucapkan syabas kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin, yang menteri pelajaran, kerana "berani membuat keputusan yang benar" demi kebaikan masa depan rakyat.

Katanya, PPSMI merupakan satu dasar yang salah dan menyusahkan rakyat serta membazirkan wang untuk kembali kepada dasar asalnya.

"Walaupun pelaksanaan sepenuhnya hingga 2012, tetapi bagi saya ia melibatkan operasi, bukan soal dasar PPSMI," katanya ketika diminta mengulas pengumuman Muhyiddin hari ini.

Hassan berkata, GMP memberi sokongan penuh kepada beliau sehingga proses seterusnya sehingga 2012.

Berikutan itu, katanya, GMP akan bermesyuarat dalam masa terdekat sebelum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai pemansuhan PPSMI.

Daulat bahasa Melayu

Ditanya sama ada pemansuhan itu lebih baik dilaksanakan secara serta-merta, Hassan berkata:

"Tak usahlah, tak payah begitu. Kita dah enam, tujuh tahun (dalam dasar itu), sekarang sudah kembali sepenuhnya seperti dahulu.

anti ppsmi rally 070209 rally 02"Apa yang kerajaan perlu buat, ialah tumpu perhatian dengan meningkatkan kaedah pengajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua, bukan bahasa pertama.

"Supaya anak-anak semua kaum mahir bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua," tambahnya.



'Hanya sebahagian selesai'

Sementara itu, Setiausaha Gabungan Penulis Nasional (Gapena) Datuk Dr Zainal Abidin Borhan menyifatkan 'sebahagian daripada isu PPSMI masih belum selesai'.

Katanya, ini kerana pemansuhan dasar tersebut hanya membabitkan sekolah rendah dan sekolah menengah tetapi tidak mengambil kira pelajar tingkatan enam dan matrikulasi.

"Secara peribadi, saya menyatakan sebahagian daripada perjuangan (Gapena) itu belum selesai.

"Kalau kita lihat dari sudut sosialnya, ada pembahagian pelajar yang mengambil aliran sains dan aliran sastera, kita dapati pelajar kelas sains akan terus belajar sains dan matematik dan seluruh mata pelajaran sains dalam bahasa Inggeris.

"Sedangkan aliran sastera di tingkatan enam, akan terus mengalami diajar dalam bahasa Melayu. Jadi kita lihat berlaku dualisme dalam pembahagian masyarakat.

"Dan ini akan membentuk psikologi pemikiran bahawa barangkali yang berbahasa Inggeris lebih baik daripada yang berbahasa Melayu.

"Ini akan menyebabkan pemilihan universiti akan berubah kerana pelajar mencari institut pengajian tinggi yang lebih mudah dan lebih selesa (diajar) dalam bahasa Melayu, tidak dalam bahasa Inggeris. Dan ini sudah berlaku sekarang," katanya dalam satu sidang akhbar.

Gapena akan bantu

Sementara itu, Ketua 1 Gapena, Tan Sri Ismail Hussein pula berkata menyifatkan pemansuhan PPSMI itu sebagai satu tindakan yang "sangat realistik" kepada rakyat Malaysia.

"Kami berikrar memberi segala pertolongan yang boleh (kepada kerajaan) untuk membantu dan menyumbang tenaga untuk memantapkan kedudukan bahasa di Malaysia," kata dalam sidang media yang sama.

"Kami menyokong bahasa Melayu sebagai kebangsaan dan bahasa Inggeris juga menjadi bahasa antarabangsa, kami harap sangat sifat-sifat dan perangai lama tidak dilanjutkan iaitu mementingkan bahasa Inggeris dan mempermainkankan Bahasa Melayu.

"Bahasa Melayu harus terus di beri perhatian dan dimantapkan sebagai bahasa kebangsaan dan sebagai bahasa perhubungan," katanya.

Manakala Ketua Gapena 2, Prof Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar pula berkata, ia menunjukkan kerajaan "mendengar pandangan rakyat" dan membuat "keputusan yang bijak".

"Kombinasi semua kajian termasuk kajian Pembina dijadikan sebagai panduan utama iaitu dasar PPSMI itu merugikan orang Melayu terutama di luar bandar.

Namun, katanya, bahasa inggeris dan bahasa lain harus dipelajari sebagai satu usaha untuk menambah ilmu pengetahuan di kalangan rakyat Malaysia.

Beliau juga berharap agar kerajaan konsisten untuk menjadikan bahasa Melayu juga dijadikan sebagai bahasa ilmu dan bahasa perpaduan di Malaysia.

Daulat bahasa Melayu

Sementara itu, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) turut menyambut baik keputusan kerajaan itu.

"Keputusan itu merupakan satu tafsiran komitmen kerajaan untuk mempertahan dan mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

"Ia juga cerminan sikap kerajaan yang bersedia untuk mendengar dan mengambil pertimbangan sewajarnya terhadap suara rakyat," kata badan itu dalam satu kenyataan.

NGO itu juga berpendapat bahawa keputusan tersebut bijak serta bertepatan dengan usaha untuk mengukuhkan perpaduan nasional melalui bahasa kebangsaan.

Read More......

Thursday, July 2, 2009

Dalil Kenapa BN Pelahap Sangat Nak Rampas Kelantan

· 0 comments

Fakta Yang Tidak Dihebohkan.
Kenapa BN Mahu Sangat Rampas Kelantan
Di
perairan Kelantan terdapat simpanan GAS ASLI sebanyak 13 trillion kaki
persegi yang sudah sedia untuk diterokai. (13,000,000, 000,000).
Ia cukup untuk 7 generasi rakyat Kelantan. (lebih kurang 500 tahun lamanya).
Ianya terletak di Blok-Blok berikut,
* Blok A18
* Blok B17 & C19
* PM3
* Sub-Blok Ular
* PM301 & PM302
* PM303
* PM311 & 312
Rakyat
Kelantan menerusi kerajaan pimpinan Tuan Guru menuntuk hak Pendaratan
GAS ASLI itu di buat di pantai Kelantan dan menuntut royalti GAS ASLI
yang menjadi hasil bumi rakyat Kelantan di bayar kepada Rakyat Kelantan.
APA YANG BARISAN NASIONAL SEMBUNYIKAN DARI RAKYAT KELANTAN
Petronas mengesahkan bahawa operasi GAS ASLI di BLOK A 18 sudah bermula
menerusi Syarikat Carigali HESS.
* Petronas
memegang 50% saham di dalam syarikat tersebut menerusi Petronas
Carigali Sdn Bhd dan 50% lagi dipegang oleh Aremada Hess Inc.
* Sekarang ini, operasinya mengeluarkan 6,000 tong GAS ASLI sehari.
* Jarak Blok A18 adalah lebih dekat ke Kota Bharu daripada di hantar ke
Kerteh dan Songkla.
* Kerajaan
BN bagaimanapun memilih pendaratan GAS ASLI itu dibuat di Songkla
walaupun kosnya lebih tinggi akibat jarak yang jauh itu.


Dalam
usaha mempertahankan hak rakyat Kelantan dan memperkasakan hasil bumi
Kelantan untuk rakyat Kelantan, Kerajaan Kelantan pimpinan PAS telah
meluluskan pembinaan Terminal Pendaratan Gas Asli dan juga Supply Base
untuk Petroleum.
Menerusi
penerokaan GAS ASLI di Blok A 18, setiap hari, Petronas sepatutnya
membayar rakyat Kelantan royalti yang bernilai RM512,000.00 (RM512
ribu) sehari dan ini bererti Kerajaan Kelantan seharusnya mendapat
pendapatan tambahan dari royalti GAS ASLI yang bernilai RM186,880,000
(RM186 juta) setahun.
* Menerusi
hasil terbaharu ini, PAS Kelantan sudah berjanji untuk memberi subsidi
gas memasak sebanyak RM3.00 se tong bagi rakyat Kelantan.
* PAS
Kelantan juga akan menggunakan hasil pendapatan baru itu untuk tujuan
kebajikan dan mempertingkatkan taraf hidup rakyat Kelantan serta
membasmi kemiskinan.
PERANCANGAN OPERASI TELAGA-TELAGA GAS ASLI LAIN DI PERAIRAN KELANTAN
* Blok A 18 Fasa 2 pada tahun 2010
* Blok B 17 dan C 19 – Operasi bermula suku ke tiga 2009.
* Blok PM301 dan PM302 – Operasi bermula 2011 dan 2012
* Blok PM3 – Operasi bermula suku ke tiga 2008

Sebab
itulah BN berusaha sangat merampas semula Kelantan kerana tidak mahu
royalti GAS ASLI ini digunakan oleh Kerajaan PAS membangunkan Kelantan
sehingga mengakibatkan Kelantan semakin pesat membangun dan membuat
mustahil bagi BN untuk merampas Kelantan semula.
BERAPA BANYAK ROYALTI GAS ASLI YANG MENJADI HAK RAKYAT KELANTAN
Apabila
semua telaga-telaga GAS ASLI ini beroperasi Royalti GAS ASLI yang akan
diterima rakyat Kelantan ialah bernilai RM1,000,000, 000 (RM1 Billion).
Sebab itulah BN mahu perampas Kelantan sebelum telaga-telaga GAS ASLI ini mula
beroperasi.
ROYALTI GAS ASLI HAK RAKYAT KELANTAN
* PAS komited dan akan memperjuangkan habis-habisan bersama rakyat
Kelantan untuk mendapatkan royalti GAS ASLI ini.
* Jika
BN merampas Kelantan, royalti GAS ASLI tidak akan menjadi milik rakyat
Kelantan dan rakyat Kelantan akan menerima nasib yang sama seperti
Terengganu.
* Terengganu menikmati royalti minyak dan GAS ASLI sebanyak RM1.2
billion setahun di dalam bentuk wang ehsan.
* Wang
Ehsan tidak diberi kepada kerajaan Terengganu tetapi disalurkan kepada
orang tertentu seperti Patrick Lim untuk digunakan untuk projek seperti
Monsoon Cup dan Pembinaan Taman Islam Hadhari yang tidak mendatangkan
hasil terus kepada rakyat Terengganu.
* Jika BN memerintah, rakyat akan terus hidup dibelenggu kemiskinan dan
ekonomi negeri akan semakin teruk seperti di Terengganu.
* Walaupun menerima RM1.2 billion setahun, rakyat Terengganu lebih
miskin dari rakyat Kelantan.
* Hutang
tertunggak Terengganu, lebih RM300 juta sedangkan hutang tertunggak
Kelantan semenjak pemerintahan PAS hanya tinggal kurang RM12 juta.

Read More......

Isu BABI : Komen Menteri Besar Kedah

· 0 comments

"Saya tak pernah mengarahkan premis itu dirobohkan apatahlagi itu keperluan mereka,tetapi mereka yang minta tangguh selama sebulan.Saya layan dan beri kerjasama.Saya telah meminta mereka mencari tampat baru dulu tapi mereka bohong,selepas sebulan tiada apa-apa dan sekarang(bila dirobohkan PBT) mereka hendak keluar(dari PR Kedah)...keluarlah kalau DAP Kedah lebih berkuasa dari DAP pusat.

"Saya serahkan kepada PAS pusat dan pimpinan Pakatan Rakyat peringkat Pusat untuk menilai dan menentukan isu ini.Apa yang saya kesal mereka ini main politik apa.....seolah-olah mahu kembalikan kerajaan Kedah kepada depa(BN).....

"Dulu semasa berbincang mengenai kerajaan perpaduan dengan Umno mereka kacau,sekarang pun kita sepakat dalam Pakatan Rakyat pun depa(mereka) kacau"katanya

alahai..apsal la masalah kecil macam ni pun boleh berlaku..insya Allah pemimpin PAS bijak untuk menyelesaikan masalah yang kecil ini..elakkan berlaku pergeseran pendapat bagi mengukuhkan lagi pakatan rakyat..

Read More......

Tangisan Demi ISLAM

Tangisan Demi ISLAM
Ya Allah, Kami Memohon Pertolonganmu

CALON PAS N41 - MANEK URAI

Image Hosted by ImageShack.us

Kelantan Bloggers

Profil Diri

Pahlawan Rakyat merupakan pejuang yang sejati dan menyampaikan isu-isu terkini bagi membuka minda masyarakat untuk menegakkan perjuangan Islam dan meneruskan agenda perjuangan rakyat.

Teman Blogger