Bersama Kepimpinan Ulama

Bersama Kepimpinan Ulama

Jalan Menuju Ke Putrajaya

Jalan Menuju Ke Putrajaya
Insya Allah, Pakatan Rakyat dapat menakluki Putrajaya dalam PRU-13

Sunday, June 28, 2009

Pantun PAS untuk UMNO

· 0 comments

Rakyat Manek Urai rasa terhina
Tindakan Umno lekehkan Abe Uji
Kerja berniaga kerja mulia
Lebih baik dari makan gaji

Jual Ikan bukan mencuri
Jauh sekali dari rasuah
Calon PAS amat disenangi
Mudah mesra lagi pemurah

Pemborong ikan di Kuala Kerai
Semua kenal satu jajahan
Akhlaq mulia baik perangai
Tentu rakyat beri sanjungan

Hinakah dia pemborong ikan
Lebih hina kaki perempuan
Akhlaq mulia diberkati tuhan
Rakyat pun senang dapat kebajikan

Sepenggal menang jadi ADUN
Bina rumah macam istana
Perangai mereka bagaikan malaun
Pitih banyak mana dikebasnya

Zulkifli Omar duitnya sarat
2004 capai kemenangan
4 tahun jadi wakil rakyat
Mana pembangunan yang dia janjikan

Tuan Aziz Tuan Mat
Calon BN orangnya muda
Mari berlawan secara terhormat
Jangan perlekeh dan juga menghina

Projek mee segera sudah kelihatan
Rasuah pengundi ada kedengaran
Itulah perangai tidak ketahuan
Pasti ditolak rakyat Kelantan

Read More......

Muhyidin Hina Penjual Ikan

· 0 comments

Jumlah kehadiran penyokong Umno ketika pengumuman calon Umno pada petang tadi membuktikan Umno sudah tidak mempunyai pengikut dan semakin tidak diterima oleh rakyat. Yang tinggal hanyalah pengikut yang setia ( dapat projek) manakala bagi rakyat yang telah sedar dengan kerakusan dan kezaliman Umno sudah pasti akan menghukum Umno pada pilihanraya kecil Manik Urai kali ini. Yang pasti juga Umno sudah pasti akan bermati-matian untuk memastikan kemenangan berpihak kepadanya walau dengan apa cara sekalipun. PAS dan Pakatan Rakyat harus sedar dan tidak seharusnya memandang remeh dengan usaha Umno walaupun pada ketika ini, kelebihan memihak kepada PAS dan Pakatan Rakyat.
Menurut laporan Mstar, tindakan Timb Perdana Menteri memperlekehakan calon PAS adalah suatu perkara yang tidak wajar kerana ini bukan sahaja menghina calon PAS itu malah perbuatan beliau juga akan menyebabkan seluruh penjual ikan di Manik Urai khususnya dan Kelantan amnya akan menghukum BN akibat perbuatan menghina. Ayuh penduduk Manik Urai. Sama-samalah perbetulkan saf perjuangan dan teruskan tekad untuk bersama PAS di bawah kepimpinan TUAN GURU NIK AZIZ NIK MAT..TAKBIR!!!!!!!!!!

Read More......

Saturday, June 27, 2009

Fauzai Abdullah @ Abe Uji Calon PAS N41 Manik Urai

· 0 comments

Bendahari PAS Kuala Krai, Fauzi Abdullah dipilih sebagai calon parti itu dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai 14 Julai ini. Pencalonan Fauzi itu diumumkan oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu cermah di Kampung Manek Urai Lama pada kira-kira jam 11 malam ini. fauzi abdullah manek urai by election 260609
Fauzi yang berusia dalam lingkungan 50-an adalah seorang peniaga ikan dan anak tempatan. Selain jawatan bendahari, beliau juga bertanggung sebagai pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Guchil - juga terletak dalam parlimen Kuala Krai. Turut hadir di ceramah tersebut ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bekas naib presiden PAS, Datuk Husam Musa; pakar strategi PKR, Saifuddin Nasution dan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang.

Read More......

UMNO Guna Tentera Bantu Kempen Manik Urai

· 0 comments

Tindakan Umno yang mahu menggunakan tentera untuk memenangi pilihan raya kecil Manek Urai disifatkan bacul oleh Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.Beliau menuntut Umno supaya tidak bersikap bacul dengan menyalahgunakan sumber-sumber ketenteraan dalam pilihanraya.Untuk mengalahkan calon PAS di Manek Urai, Umno akan membawa masuk Angkatan Tentera Darat untuk meraih undi daripada penduduk, kata Mahfuz.Ketika mendedahkan perkara itu dalam Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Pokok Sena itu mengemukakan pertanyaan kepada Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Dr Awang Adek Hussin yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan mengenai perkara itu.Bagaimanapun, Awang Adek membisu. Malah, kesemua menteri dan wakil-wakil rakyat Barisan Nasional diam ketika Mahfuz mengemukakan pertanyaan mengenai dokumen Kementerian Pertahaanan itu.Tidak puas hati dengan sikap membisu para pemimpin Umno terhadap apa yang dibangkitkannya itu, beliau kemudiannya mengadakan sidang akhbar mendedahkan perkara itu. Operasi meraih undi untuk Barisan Nasional menetapkan misi khas kepada anggota tentera melalui perlaksanaan beberapa projek kebajikan di kubu kuat PAS di DUN Manek Urai untuk menyakinkan pengundi memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional, kata beliau.Beliau memberikan bukti dalam bentuk salinan dokumen Kementerian Pertahanan yang memberi arahan khusus tentang perlaksanan projek itu."Bersama saya surat dari staf perisikan di Kementah kepada Panglima Angkatan Tentera, yang mengarahkan satu projek awam mesti dibuat di bawah Angkatan Tentera Darat di kawasan-kawasan peti undi kelabu dan hitam di mana Barisan Nasional (diharapkan) mampu memperkukuh tahap sokongan berdasarkan kepada keputusan Pilihan Raya Umum ke-12," kata Mahfuz. Beliau berkata walaupun angkatan tentera melaksanakan projek-projek itu seolah-olah untuk membantu rakyat, dokumen berkenaan jelas menunjukkan tentera turut "diseret ke dalam kempen politik bagi menjayakan kemenangan Barisan Nasional". "Ini ayat cukup jelas hasil dari Bahagian Risik dan dipersetujui oleh Pejabat Timbalan Menteri Pertahanan yang telah pun mengeluarkan arahan melaksanakan projek Jiwa Murni," tambah Mahfuz. Mahfuz berkata Projek Jiwa Murni dilancarkan bagi memberi kemenangan kepada Barisan Nasional pada pilihanraya kecil Manek Urai pada 14 Julai nanti. Menurut beliau, antara kawasan yang disasarkan di bawah projek itu adalah Lata Rek, Laloh, Sungai Perial, Sungai Sok, Temalir, Chuchoh Puteri, Manek Urai Lama dan Manek Urai Baru. "Ini semua berkaitan dengan kajian kekuatan dan kelemahan Barisan Nasional yang dibantu oleh Bahagian Perisikan Tentera," kata Mahfuz. Menurut beliau, mengheret angkatan tentera untuk menjayakan kemenangan Barisan Nasional adalah di luar dari bidang tugas tentera. "Saya bukan menghalang mereka buat projek membantu masyarakat. "Di sini jelas menyatakan arahan supaya projek itu tidak dibuat dekat dengan penamaan calon nanti akan dilihat mengatakan pihak tentera terlibat secara langsung," kata Mahfuz. Arahan itu, katanya, jelas merupakan satu taktik untuk mengabui mata rakyat dan Pakatan Rakyat. "Hakikatnya ialah ini adalah projek pilihanraya," kata Mahfuz.


Read More......

Wednesday, June 24, 2009

Pakatan Rakyat Kini Lebih Mantap - Anwar Ibrahim

· 0 comments

Alhamdulillah, sambutan pimpinan Pakatan Rakyat dan rakyat terhadap kenyataan bersama amat positif sekali. Saya berulangkali menegaskan bahawa permasalahan yang sengaja digembar-gemburkan di media UMNO dapat dileraikan seandainya pimpinan bersama menanganinya secara bijak. UMNO kecundang lagi dalam isu kerajaan perpaduan. Strategi mereka untuk meretakkan hubungan Pakatan Rakyat berkecai. Pimpinan PAS ternyata lebih pintar; dan pastinya berpaut kepada prinsip perjuangan - istiqamah (menurut YB Tuan Guru Nik Aziz) dan memperkukuh institusi kenegaraan (”membanteras rasuah, memperbaiki badan kehakiman serta Suruhanjaya Pilihan Raya yang bebas dan adil,” tegas YB Tuan Guru Abdul Hadi).Seharusnya kita hargai peranan YB Lim Kit Siang, YAB Lim Guan Eng dari DAP serta Dr. Syed Husin Ali, YB Azmin Ali dan YB Saifuddin Nasution dari KeADILan.Kocakan kecil ini malah lebih mematangkan dan memantapkan Pakatan Rakyat!

ANWAR IBRAHIM

Read More......

Mohamad Sabu dilantik Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang

· 0 comments

Bekas Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu telah dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya II PAS Pulau Pinang bersama-sama dengan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Mujahid Yusuf Rawa yang dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya I. Turut dilantik ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Kepala Batas, Rosidi Hussain sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS III Pulau Pinang. Manakala bagi jawatan setiausaha Fazhil Kerni dilantik semula.Bendahari disandang oleh Taqiudin Hamzah.Untuk jawatan Ketua Penerangan, Zulkiply Ishak daripada kawasan Kepala Batas turut dilantik. Ahli Jawatankuasa yang turut dilantik ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, Hamdan Abdul Rahman, Halim Kader, Rosli Hasan, Jamaludin Said dan Bukhari Ghazali. Demikian dinyatakan oleh Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Salleh Man.

sumber : harakahdaily

Dengan lantiknya Abg Mat menjadi Timb PJ PAS PP, diharap kekuatan PAS di PP ni akan semakin meningkat. Abg Mat merupakan seorang yang sangat kreatif dan berfikiran jauh serta matang dalam politik. Insya Allah ada sinar baru untuk Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di Pulau Pinang pada masa yang akan datang.

Read More......

Tuesday, June 23, 2009

Himpunan Perdana Perpaduan 100,000 rakyat 30 Jun 2009

· 0 comments

Pakatan Rakyat akan menganjurkan Himpunan Perdana Perpaduan 100,000 rakyat pada 30 Jun nanti.Menurut Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, program tersebut diadakan bagi menjelaskan kekeliruan terhadap segala fitnah dan konspirasi yang ditimbulkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) dengan tujuan untuk menghancurkan Pakatan Rakyat.Beliau yang mewakili Sekretariat Pakatan Rakyat menyeru orang ramai hadir ke program tersebut yang akan diadakan di Stadium MPPJ, Kelana Jaya bermula pukul 9.00 malam."Program ini diadakan bagi menerangkan kepada orang ramai terhadap fitnah dan konspirasi yang dimainkan oleh Umno-BN yang bertujuan untuk menghancurkan Pakatan Rakyat," jelas beliau kepada Harakah.Satu ceramah perdana akan diadakan pada malam tersebut dimana kesemua pemimpin utama Pakatan Rakyat dijangka hadir. Antara yang telah menyatakan persetujuan untuk hadir pada malam tersebut; Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Penasihat KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim, Tokoh DAP Lim Kit Siang dan pemimpin-pemimpin utama ketiga-tiga parti.

sumber : harakahdaily

Saat untuk menunjukkan kepada UMNO dan BN bahawa Pakatan Rakyat bersatu dan kukuh. Hanya media arus perdana sahaja yang mensensasikan cerita yang tidak benar untuk memecahbelahkan PAS dan Pakatan Rakyat. HIDUP RAKYAT!!!

Read More......

Keputusan Yang Melegakan Akar Umbi - Mahfodz

· 0 comments

Naib Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato' Dr Mahfodz Mohamad berkata, keterlanjuran PAS dalam menghadapi isu kerajaan perpaduan sekali gus telah memperlihatkan kepura-puraan Umno kononnya untuk bekerjasama dalam membentuk kerajaan perpaduan.Katanya, Umnolah antara yang paling kecewa dengan keputusan PAS dan Pakatan Rakyat yang menolak kerajaan perpaduan dengan bermacam-macam tohmahan termasuklah mengatakan PAS penakut.

"Umno tohmah kita mengatakan kita takut dengan Pakatan Rakyat sebab itulah mereka beriya-iya sangat hendak mewujudkan kerajaan perpaduan," katanya semasa dihubungi. Sebenarnya, kata Ustaz Mahfodz, PAS dalam masa yang sama boleh melihat sejauh mana hati budi serta keikhlasan Umno dalam merealisasikan agenda itu."Tetapi akhirnya PAS melihat hati budi Umno sebenarnya. Nampaknya Umno sudah terlalu terlajak dalam memberi respons dalam isu ini. Sehingga surat khabar yang tidak pernah memuji PAS akhirnya terlalu memuji PAS dan Umno pula sanggup menawarkan bermacam-macam syarat untuk menarik PAS bekerjasama dalam kerajaan perpaduan," katanya.Bagaimanapun, beliau bersyukur atas keputusan majlis Pakatan Rakyat dan juga Majlis Syura PAS yang menolak kerjasama dengan Umno. Mahfodz yang juga Pesuruhjaya PAS Johor juga bersyukur kerana keputusan itu melegakan semua pihak di peringkat akar umbi yang selama ini 'susah hati' kerana mainan politik umno yang sengaja mahu melihat Pakatan Rakyat berpecah."Keputusan itu sekaligus menyatupadukan semula PAS dan Pakatan Rakyat termasuk ahli dan penyokong PAS dari peringkat bawah hinggalah ke atas," katanya.Beliau juga turut mengingatkan pimpinan parti itu jangan mudah terpedaya dengan mainan politik Umno BN sekali gus berbincang terlebih dahulu bersama pimpinan tertinggi mereka sebelum memberi reaksi sesuatu perkara."Apabila ada keputusan pimpinan tertinggi mereka diperingkat bawah akan taat setia dengan keputusan itu," katanya selepas ini ahli dan penyokong PAS menumpukan sepenuhnya kepada pilihan raya kecil Manek Urai.

sumber : harakahdaily

ini menunjukkan UMNO sengaja mencanangkan propaganda bagi mewujudkan huru hara di dalam PAS. Alhamdulillah berkat doa rakyat dan seluruh pimpinan kita dapat bersatu semula. Teruskan perjuanganmu wahai pejuang Islam. Takbir!!!

Read More......

1 REJAB 1430 Hijrah

· 0 comments

Sekadar peringatan kepada semua umat Islam, esok merupakan 1 Rejab 1430 Hijrah. Maka, esok jugalah bermulanya bulan sembahyang yang telah diperkenalkan oleh Tok Guru Nik Aziz di negeri serambi Mekah, Kelantan. Sama-sama tingkatkan amal ibadat untuk mendapat keredhaan dan keberkatan sempena bulan Rejab ini. Tidak lupa juga, sama-samalah kita berdoa supaya Allah memberi kekuatan dan kemenangan untuk Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Pakatan Rakyat bagi meneruskan agenda yang baik membela aspirasi rakyat dan menyelamatkan negara Malaysia yang tercinta. Insya Allah..Takbir!!!

Read More......

PEMUDA RASUAH NAK GEMPUR MANIK URAI

· 0 comments

SEORANG Pemuda yang menjadi Ketua Pemuda yang disabitkan atas penglibatan rasuah oleh Lembaga Disiplin partinya sendiri semasa pemilihan Ketua Pemuda Umno yang lalu bertekad dan berazam untuk menggempur Manek Urai. Tidak pasti pula apakah yang mahu digempurkannya di Manek Urai samada untuk menggempur rasuah atau memberi rasuah. Pemuda dari Rembau ini pernah menjalankan operasi besar-besaran mengangkut pengundi-pengundi dari luar Kelantan terutamanya di sekitar Kuala Lumpur untuk dibawa ke Kelantan semasa Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu. Maka, dicetak berbagai tulisan pada baju yang diberi percuma serta disediakan bas untuk operasi tersebut dan ternyata mendapat sambutan yang amat luar biasa sekali.

Maka, berhimpunlah sekalian warga Kelantan di perantauan untuk pulang ke negeri tanah tumpah mereka bagi menentukan nasib negeri Kelantan di dalam pilihanraya tersebut. Ditakdirkan Allah, usaha pemuda Rembau berkenaan telah membantu Pas di bawah Tuan Guru Nik Aziz mencapai kemenangan besar di Kelantan. Tahniah kepada pengundi-pengundi luar yang bijak dan cerdik mengambil kesempatan dari program yang `bijak' dari pemuda Rembau ini. Di Manek Urai kali ini, tidak terdengar pula cerita pemuda bijak Rembau ini untuk mengulangi program yang sama. Tetapi difahamkan kali ini beliau akan membawa gerombolan pemuda setianya untuk menggempur Manek Urai termasuk pemidato-pemidato yang baru dilatih `berkokok' ini.

Nescaya gegak gempita lah Manek Urai dengan `kokokan' pemuda-pemuda Umno di bawah Ketua Pemuda yang terlibat dengan rasuah politik ini nanti. Hingarnya nanti Manek Urai apabila ditambah pula dengan kehadiran dua raja tanpa mahkota iaitu Ezam raja sesumpah dan Berahim raja katak. Percayalah, kali ini bukan Tuan Guru Nik Aziz yang bakal menjadi mangsa mereka semasa kempen nanti tetapi tidak lain tidak bukan adalah musuh ketat Umno iaitu DS Anwar. Mereka amat memahami bahawa untuk meruntuhkan PR, orang pertama yang mesti `dibunuh atau dikorban'kan adalah DS Anwar. Mereka yakin dan percaya, kegagalan Kerajaan Perpaduan yang diidamkan oleh Umno gagal dicapai adalah kerana kepintaran DS Anwar menjaga perpaduan dan sepakatan di dalam PR. Memang benar, DS Anwar adalah bekas pemimpin Umno dan beliau bukan maksum. DS Anwar telah menerima kifarah dari kesilapan beliau yang lampau, tetapi seburuk-buruk DS Anwar dahulu pun jauh lebih baik dari pemimpin yang ada dalam Umno sekarang.

Amat silap pemuda Rembau ini memilih tempat untuk `berkokok' apatah lagi ingin mendendangkan lagu ketuanan Melayu, pembangunan, penyelewengan dan rasuah. Untuk berbicara soal agama, jauh sekali. Tiada jalan lain lagi untuk mereka dendangkan kecuali mengikut irama dan lagu yang lama. Isu Kerajaan Perpaduan tidak lagi releven kerana isu ini telah dikapan dan disemadikan di kubur yang bakal bersebelahan dengan kubur Umno di Manek Urai nanti.

Mungkinkah akan wujud lagi watak `Minah Ronggeng' di Manek Urai beberapa hari lagi? Atau mungkinkah akan ada upacara `bersumpah' sepertimana yang berlaku di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu dahulu? Juga tidak mustahil sehari dua ini akan tersiar berita beratus dan beribu ahli-ahli Pas dan PKR di Manek Urai menyerah borang memasuki Umno. Ini semua tidak menghairankan kita kerana strategi dan tipu daya Umno sudah lama berada di dalam poket rakyat Kelantan. Bahkan, dikatakan oleh orang-orang Kelantan sekiranya terjumpa tahi di tepi jalan, mereka sudah kenal rupa tahi orang-orang Umno ini. Itulah kelebihan orang Kelantan dan tentunya tidak sama dengan orang Rembau.

sumber : wfauzdin.blogspot.com/

Insya Allah, ni adalah petanda PAS akan dapat mempertahankan Manik Urai dengan lebih senang. Penduduk di Manik Urai lebih cerdik dan bijak dalam menentukan pemimpin dan tahu membezakan yang mana rasuah dan yang mana bersih..UNDILAH PAS

Read More......

Kenyataan Pimpinan PAS Pusat

· 0 comments

Alhamdulillah. Inilah berkat kerjasama yang ditunjukkan oleh pimpinan PAS yang patut dicontohi oleh setiap ahli di peringkat bawah. setiap masalah yang timbul ada penyelesaiannya asalkan matlamat yang jelas dan satu iaitu untuk melihat Islam tertegak di bumi Allah.

Read More......

Kenyataan Pimpinan Pakatan Rakyat

· 0 comments

Pakatan Rakyat telah sebulat suara menolak Kerajaan Perpaduan. Ini dilakukan adalah sebagai mendukung aspirasi rakyat yang ingin melihat Pakatan Rakyat memerintah Malaysia untuk PRU-13. Insya Allah.

Read More......

Monday, June 22, 2009

Tuan Guru Nik Aziz Tarik Balik Kenyataan Terhadap Ustaz Nasha

· 0 comments

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat petang ini mengumumkan menarik balik kenyataannya menggesa Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa meninggalkan PAS dan meletakkan jawatan ahli parlimen Bachok jika menyokong cadangan kerajaan perpaduan dengan Umno.

Nik Abdul Aziz yang juga menteri besar Kelantan menegaskan demikian dalam satu kenyataan yang dibaca selepas satu perjumpaan khas hampir dua jam, mulai 5 petang tadi di pejabat agung PAS di ibunegara.

nik aziz nik mat special meetingBerikut adalah kenyataan penuh Nik Aziz:

"Setelah berbincang dari awal hingga akhir dalam perjumpaan khas yang diadakan di pejabat agung (PAS) dalam semangat kekeluargaan bagi menangani permasalahan dalam beberapa isu politik semasa, yang dibesar-besarkan oleh media perdana, kami akhirnya bersetuju sebulat suara melupakan prihal salah tanggapan antara pimpinan atasan parti akibat daripada permainan politik parti Umno.

"Kami bersama-sama dalam satu saf yang padu, untuk terus bersama-sama memperjuangkan keazaman PAS bagi mendaulat Islam di persada tanahair.

"Kami juga bersetuju sebulat suara bahawa kerajaan perpaduan diberhentikan serta merta seperti yang telah diputuskan oleh Presiden PAS bersama Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan bersama di bangunan Parlimen jam 2.30 tadi yang menolak sepenuhnya idea kerajaan perpaduan.

"Oleh yang demikian, selaras dengan itu, saya selaku Mursyidul Am PAS menarik balik segala kenyataan saya terhadap YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS dan dengan itu, ianya tidak berbangkit lagi."

Perjumpaan khas itu turut dihadiri oleh Nasharuddin, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din; Naib Presiden - Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar - Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, bekas naib presiden, Ahmad Awang, Ketua Dewan Pemuda, Nasruddin Hassan dan Ketua Muslimat Nurida Salleh.

sumber : Malaysiakini

Read More......

Tangisan Demi ISLAM

Tangisan Demi ISLAM
Ya Allah, Kami Memohon Pertolonganmu

CALON PAS N41 - MANEK URAI

Image Hosted by ImageShack.us

Kelantan Bloggers

Profil Diri

Pahlawan Rakyat merupakan pejuang yang sejati dan menyampaikan isu-isu terkini bagi membuka minda masyarakat untuk menegakkan perjuangan Islam dan meneruskan agenda perjuangan rakyat.

Teman Blogger